•  Global
  •  Indonesia
Melabur Kala Pandemik


Berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia menyaksikan ramai yang terjejas kehilangan punca pendapatan. Namun ada juga yang tidak terjejas dan memiliki sumber kewangan yang stabil. Maka inilah peluang terbaik untuk mencuba, disaat ramai yang takut dan tidak yakin untuk memulakan langkah pelaburan.

Pelaburan Jangka Panjang

Jangka waktu pelaburan yang bersesuaian disaat pandemik ini adalah dengan memilih pelaburan jangka panjang. Hal ini kerana risiko pelaburan jangka panjang tidak begitu tinggi berbanding pelaburan jangka pendek. Sebagai contoh, para pelabur boleh memilih pelaburan emas, saham dan unit amanah sebagai permulaan pelaburan jangka masa panjang. Walaupun keuntungan pelaburan tidak akan diperolehi segera, namun di masa akan datang pelaburan akan menunjukkan kadar peningkatan.

Emas

Kenaikan harga emas secara mendadak baru-baru ini ternyata menarik ramai individu yang mula berjinak dengan pelaburan emas. Terdapat banyak jenis pelaburan emas yang boleh dicuba buat pelabur baru antaranya syiling emas, jongkong emas, dan juga barang kemas emas. Salah satu cara mudah untuk memulakan simpanan pelaburan emas adalah secara online. Hanya bermula dengan kadar kecil serendah 1 gram emas anda boleh mulai mengumpul mengikut kehendak masing-masing.

Melabur Dipelbagai Instrumen

Apa jua jenis pelaburan yang ingin diteroka, pastikan anda punya ilmu dan tahu tentang instrumen pelaburan yang bersesuaian dengan diri. Setiap daripada instrumen pelaburan yang dipilih mempunyai kebaikan dan kelemahan tersendiri. Mengapa perlu pelbagaikan insrtrumen pelaburan? Salah satunya kerana jika kita mengalami kerugian, sekurang-kurangnya kita mempunyai instrumen lain sebagai 'back up' yang boleh digunakan untuk mengimbangi kerugian.

Cari Peluang Pelaburan

Jika anda pernah membuat pelaburan sebelum ini, terus lakukan tinjauan pelaburan secara berkala. Bagi mereka yang baru ingin mencuba apa kata dapatkan maklumat tentang potensi setiap produk pelaburan dan risiko masing-masing. Hal ini penting supaya anda boleh mengatur strategi dan memahami risiko setiap pelaburan.