•  Global
  •  Indonesia
4 Tips Perlu Diketahui Sebelum Membeli Perlindungan Insurans


Tidak semua individu mempunyai kesedaran untuk melengkapkan diri dengan perlindungan insurans kerana rata-rata merasakan perlindungan ini sekadar pilihan bukan sebagai keperluan. Namun ada juga yang merasakan penting untuk menjadikan apa saja jenis insurans sebagai perlindungan diri dan kewangan. Bagi yang baru ingin mendapatkan perlindungan insurans, di sini ada beberapa tips boleh dijadikan panduan.

Fahami Isi Kandungan Polisi

Apa jua perlindungan yang bakal menjadi pilihan pastikan anda tidak terburu-buru untuk menyatakan persetujuan. Baca dan fahami segala isi kandungan polisi manfaat yang bakal anda perolehi, mungkin agak sukar untuk difahami. Namun lakukan pencarian di internet atau tanya rakan-rakan yang lebih berpengalaman mengenai hal ini. Anda juga perlu tahu tentang tempoh masa 14 hari diberikan sekiranya anda ingin membatalkan polisi selepas polisi diterima.

Memilih Perlindungan Ikut Keperluan

Sekiranya ini adalah pengalaman pertama kali adalah lebih baik anda menilai manfaat yang memenuhi keperluan manfaat anda sebelum mendapatkan perlindungan insurans. Jika anda tidak jelas dengan manfaat perlindungan hal ini akan hanya menimbulkan kekeliruan dan permasalahan di kemudian hari, terutama sewaktu anda ingin melakukan tuntutan. Paling penting pilih perlindungan insurans sama ada konvensional dan Takaful yang sesuai dengan keperluan anda.

Tentukan Bajet Bulanan Untuk Perlindungan

Kesalahan yang sering dilakukan adalah tidak membuat kiraan bajet dengan teliti mengikut keperluan manfaat. Jangan pilih pelan yang melebihi kemampuan kewangan anda. Ini kerana, banyak faktor akan mempengaruhi premium polisi antaranya risiko/manfaat, umur, dan status kesihatan. Pastikan anda memilih perlindungan mengikut keperluan supaya anda tidak terbeban dengan jumlah premium yang perlu dibayar setiap bulan. Fahami bahwa perlindungan insurans adalah perlindungan jangka panjang yang memerlukan komitmen tetap setiap bulan.

Memilih Syarikat Insurans Yang Stabil

Senaraikan beberapa syarikat insurans yang menjadi pilihan dan lakukan pemeriksaan latar belakang dan pastikan syarikat tersebut stabil dan mampu memberi perkhidmatan secara profesional. Hal ini penting kerana demi memastikan kelancaran proses melakukan sebarang tuntutan.