•  Global
  •  Indonesia
Persediaan Kewangan Hadapi Hilang Upaya dan Sakit Kritikal


Kesihatan tubuh badan adalah suatu anugerah paling berharga. Tanpa tubuh badan yang sihat sesiapa sahaja tidak mampu untuk bekerja dan mencari nafkah. Lebih-lebih lagi sekiranya berlaku perkara tidak diingini seperti hilang upaya, kematian, sakit kronik yang mengakibatkan anda serta ahli keluarga hilang punca pendapatan dan tempat bergantung.

Hal ini pasti tidak dapat dielakkan jika kita menjadi satu-satunya tempat mereka bergantung. Seperti anda sedia maklum kos perubatan dan kos pemulihan memerlukan sumber kewangan yang banyak.

Bagaimana dengan keluarga dan komitmen bulanan yang perlu ditanggung? Pasti keadaan ini akan memberi tekanan kerana perlu terus membayar tanggungan bulanan yang dahulunya boleh dilunaskan sewaktu mampu bekerja

Namun beban kewangan yang ditanggung dapat dikurangkan jika anda terlebih dahulu membuat persediaan kewangan dan menyediakan perlindungan untuk menghadapi risiko yang tidak terduga.

Di sini pentingnya perlindungan insurans perubatan dan kesihatan sebagai persediaan yang sering dianggap bukan keperluan dan tidak penting, merupakan salah satu perlindungan kewangan terbaik yang bakal membantu anda daripada sebarang kemungkinan.

Selain daripada melindungi diri, keluarga, insan tersayang dan harta benda anda. Kelebihan insurans perubatan dan kesihatan adalah seperti berikut:

  • Bantuan kewangan disaat anda ditakdirkan hilang pekerjaan dan hilang upaya akibat kemalangan.
  • Sesetengah polisi insurans mempunyai manfaat membayar sejumlah wang secara harian sebagai pendapatan hospital, sekiranya anda perlu tinggal di hospital selama mana yang telah ditetapkan dalam polisi.
  • Menanggung bil hospital selama mana anda perlu mendapatkan rawatan akibat penyakit kronik atau kemalangan. Namun mengikut had tahunan polisi anda.
  • Meringankan beban kewangan keluarga anda jika anda sebagai pencari nafkah utama tidak boleh bekerja akibat hilang upaya. Pampasan yang diterima boleh digunakan bagi mengurangkan menampung perbelanjaan dan kos rawatan.
  • Kos kemasukan ke hospital dan penjagaan kesihatan sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit yang dilindungi seperti, hilang upaya dan ditimpa kemalangan.
Sudah pasti anda rasa bertanggungjawab terhadap keluarga dan inginkan ketenangan minda tanpa perlu terbeban memikirkan apa komitmen yang ditanggung, kos perubatan, dan pemulihan jika berlaku perkara tak diduga. Jadi masih belum terlewat untuk anda menyediakan insurans perubatan komprehensif serendah RM2 sehari untuk melindungi diri, keluarga dan insan tersayang. Klik di sini untuk info lanjut.