•  Global
  •  Indonesia
3 Sebab Mengapa Anda Perlu Menabung Di Usia Muda


Umpama melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ilmu pengurusan kewangan dan tabiat menabung seharusnya didedahkan dan dipratikkan oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak kecil. Harus diingat gagal menyimpan di usia muda beerti anda akan gagal mempunyai simpanan di hari tua. Amatlah penting mempunyai pengetahuan atau kesedaran tentang pengurusan kewangan sewaktu muda. Ini kerana anda mempunyai tempoh masa yang lebih panjang untuk merancang simpanan.

Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), kebanyakan golongan muda yang diisytiharkan bankrap adalah kerana hutang kereta atau hutang peribadi antara penyumbang. Hal ini, amat membimbangkan jika golongan ini tidak diberikan kesedaran awal tentang pengurusan kewangan dan bakal beri implikasi buruk jika mereka gagal mengawal perbelanjaan secara berhemah. Berikut beberapa sebab mengapa anda perlu mula menabung di awal usia.

Kos Sara Diri
Anda perlu tahu kenyataannya kos sara hidup semakin hari semakin meningkat dan sudah pasti memerlukan sumber kewangan yang kukuh selepas bersara. Anda masih perlu membayar bil air, elektrik dan sebagainya setiap bulan, membeli keperluan harian yang semestinya memerlukan anda mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung kehidupan selepas bersara.

Kos Perubatan

Sama seperti kos sara hidup dan perbelanjaan harian, kos perubatan juga akan melalui proses peningkatan. Jika kini kos mendapatkan rawatan di klinik untuk demam, batuk dan selsema sahaja boleh mencecah sehingga RM70. Bayangkan 5 hingga 10 tahun akan datang sudah pasti kos rawatan kesihatan akan menjadi lebih tinggi. Sakit tidak mengenal usia malah semakin anda berusia risiko untuk menghidap pelbagai penyakit juga tinggi dan anda perlu bersedia menyediakan tabung perubatan atau perlindungan untuk memastikan anda mampu menampung kos rawatan kelak.

Jangka Hayat Semakin Meningkat

Menurut data yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) sehingga tahun 2018, jangka hayat hidup penduduk Malaysia boleh mencecah sehingga 75 tahun bagi wanita dan lelaki. Malah mengikut laporan Jabatan Statistik Malaysia pada 2016 menyatakan Malaysia bakal menjadi negara tua pada 2035, sekitar 18 tahun dari sekarang.