•  Global
  •  Indonesia
Persediaan Awal Sebelum Bersara


Kurangnya kesedaran tentang persediaan kewangan awal sebelum bersara berkemungkinan besar akan mengakibatkan ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi selepas bersara.

Rata-rata individu tidak mementingkan untuk memulakan simpanan awal sebelum menjangkau usia persaraan. Menjadikan faktor usia yang masih muda dan terlalu awal untuk mula menyimpan secara tidak langsung menjadi punca sumber kewangan semasa bersara tidak mencukupi.

Statistik daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunjukkan hanya 18 peratus ahli yang mencapai sasaran minimum yang ditetapkan KWSP, iaitu sebanyak RM228,000 pada usia 55 tahun.

Dengan andaian jangka hayat rakyat Malaysia seseorang itu memerlukan sumber kewangan yang mencukupi sekurang-kurangnya 20 tahun selepas persaraan demi menampung kos sara hidup.

Manakala, menjelang 2035 pula jumlah penduduk berusia lebih daripada 65 orang akan menjadi 15 peratus daripada jumlah penduduk keseluruhan. Perangkaan ini akan menjadikan Malaysia sebagai negara yang meningkat dewasa dan bakal mencapai status negara tua. Hal ini, amat membimbangkan sekiranya masih ramai individu tidak lakukan persediaan awal demi menjamin kewangan kukuh semasa bersara.

Kebanyakan individu hanya bergantung harap pada Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai simpanan persaraan mereka. Walaupun, statistik sehingga 2015 menunjukkan bahawa lebih daripada 68 peratus ahli KWSP berusia 54 tahun mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan mereka.

Bersedia untuk bersara beerti mempunyai ada jaminan kewangan. Maka adalah penting untuk seseorang individu mencari alternatif lain seperti mencarumkan diri dengan Skim Persaraan Swasta (PRS) sebagai persediaan sebelum bersara. Mulakan simpanan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada gaji setiap bulan secara konsisten hingga sampai ke tempoh persaraan.

Simpanan tambahan melalui PRS sekurang-kurangnya dapat membantu meningkatkan jumlah simpanan persaraan anda sebanyak 33 peratus setelah ditambah dengan caruman KWSP anda dan majikan. Masih belum terlambat untuk anda membuat persediaan awal bersara. Klik di sini easicircle.com dan mulakan simpanan sekarang untuk masa depan yang lebih cerah.