•  Global
  •  Indonesia
Mengapa Insurans Perubatan Penting Kepada Individu


Masih ramai dikalangan masyarakat mengabaikan kepentingan perlindungan insurans perubatan. Walaupun mereka sedar kos kesihatan semakin hari semakin tinggi jika ingin mendapatkan rawatan terutamanya di hospital swasta. Malah ramai juga sedar keperluan insurans perubatan namun tidak meletakkannya sebagai prioriti. Ada juga menyatakan kekangan masa untu mencari ejen menyebabkan mereka masih tidak memiliki perlindungan perubatan.

Di zaman teknologi masa kini yang hampir segalanya boleh dilakukan di hujung jari. Begitu juga jika ingin mendapatkan insurans perubatan/kad perubatan mereka di atas talian (online) serta mendapat kelulusan kad perubatan hanya dengan menggunakan aplikasi di telefon pintar dan di atas talian.

Premium untuk pelan kesihatan kebiasaannya ditentukan mengikut umur, perokok, pekerjaan dan lain-lain yang berkaitan. Jika premium dibeli pada usia muda maka jumlah premium menjadi lebih rendah dan amaun premium meningkat mengikut peningkatan usia kerana faktor risiko kesihatan yang bakal dihadapi individu.

Tidak semua perlindungan kesihatan mahal, masih ada syarikat insurans menawarkan pelan komprehensif dan harga mampu milik. Setiap individu harus bijak memilih insurans kesihatan mengikut keperluan manfaat yang diinginkan. Walaupun ada juga segelintir individu masih tidak tahu kelebihan memiliki insurans kesihatan. Di sini kami akan berkongsi tentang kepentingan memiliki insurans kesihatan.

Kepentingan memiliki perlindungan kesihatan adalah salah satu cara terbaik untuk individu menyediakan perlindungan kewangan demi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan. Membantu pemegang polisi melindungi dan memberi perlindungan kewangan apabila ditimpa musibah yang tak dijangka. Insurans kesihatan akan membayar perbelanjaan perubatan kepada pihak diinsuranskan mengikut terma dan syarat yang tertakluk dalam polisi.

Di antara beberapa kepentingan insurans perubatan yang tidak harus diabaikan:

Kos Perubatan Meningkat

Seperti mana kos sara hidup semakin meningkat begitu juga kos perubatan di negara ini. Jika tiada persediaan simpanan atau perancangan kewangan mungkin keadaan akan menjadi sukar jika berlaku sebarang musibah. Bagaimana untuk anda terus menampung kos perbelanjaan harian dan perubatan? Oleh sebab itu pentingnya perlindungan kesihatan sebagai perlindungan tambahan demi melindungi diri dan insan tersayang.

Tempoh Menunggu di Hospital Kerajaan

Seperti yang kita sedia maklum kerajaan telah memberi subsidi kepada rakyat untuk mendapatkan rawatan kesihatan di hospital kerajaan dengan hanya perlu membayar serendah RM1. Namun sudah pasti akan berlaku kesesakan akibat tempoh menunggu yang lama kerana terlalu ramai pesakit yang perlu dirawat setiap hari. Sudah pasti giliran untuk menerima rawatan akan diberi keutamaan kepada pesakit yang kritikal.

Bagi kes yang tidak kritikal sudah tentu perlu menunggu dalam satu tempoh masa lama. Begitu juga untuk rawatan susulan dan menjalani pembedahan, tempoh menunggu boleh mencecah berbulan-bulan lamanya. Maka penting memiliki perlindungan kesihatan, setidaknya anda masih mempunyai pilihan ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan jika tidak mampu untuk menahan sakit.

Faedah Tambahan

Mencegah itu ternyata lebih baik daripada merawat. Kita tidak pasti apa yang akan berlaku di masa akan datang. Mungkin kita pernah terbaca atau mendengar berita mereka yang pernah mengalami kemalangan atau menghidap penyakit secara tiba-tiba. Kesannya mengakibatkan seseorang itu hilang upaya serta hilang sumber pendapatan. Risiko seperti ini perlu diambil peduli demi melakukan persediaan perlindungan diri dengan insurans kesihatan.

Jangka Hayat Hidup Semakin Menigkat

Mengikut kajian Jabatan Perangkaan menjangkakan negara akan mengalami peningkatan populasi warga emas dan akan mencapai status negara tua menjelang 2030 apabila penduduk berusia 60 tahun dan ke atas dianggarkan mencecah 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Maka pentingnya persediaan kewangan dan perlindungan kesihatan demi memastikan keperluan rawatan dan pergantungan terhadap penjagaan kesihatan tidak terabai. Jangka hayat panjang mengakibatkan seseorang itu akan mula mengalami kemerosotan tahap kesihatan. Tanpa perlindungan insurans perubatan bermakna tiada perlindungan tambahan yang dapat membantu menampung kos rawatan dan perubatan dalam tempoh yang panjang. Tanpa perlindungan tambahan seperti insurans kesihatan berkemungkinan akan mengakibatkan duit simpanan persaraan digunakan demi untuk membiaya kos rawatan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan perubatan yang komprehensif serendah RM2 sehari serta memahami lanjut tentang manfaat kad perubatan. Sila klik di sini untuk info lanjut.