•  Global
  •  Indonesia
5 Pengurusan Kewangan Yang Sering Diabaikan Golongan Muda


Belanja Berlebihan

Pastikan anda bijak menguruskan pendapatan, dahulukan komitmen bulanan yang utama seperti pinjaman perumahan/sewa, pinjaman kereta, pinjaman pendidikan dan perbelanjaan utama lain. Utamakan keperluan berbanding kehendak. Anda boleh berbelanja untuk memenuhi kehendak jika ada lebihan daripada pendapatan bulanan. Pengurusan perbelanjaan adalah langkah awal yang perlu dipantau demi mencapai matlamat kewangan.

Insurans

Lindungi diri anda seawal usia dengan perlindungan insurans, jangan bertangguh sehingga anda benar-benar mampu. Dapatkan perlindungan insurans mengikut keperluan manfaat dan bajet anda. Tiada kompromi untuk hal berkaitan kesihatan dan perlindungan diri. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Semakin berusia seseorang itu semakin tinggi risiko untuk mereka menghidap pelbagai penyakit. Malah, premium bulanan insurans juga akan bertambah mahal seiring dengan peningkatan usia individu.

Kad Kredit

Tidak salah untuk menggunakan kad kredit namun sebaiknya elakkan penggunaan berlebihan. Pastikan anda melunaskan baki hutang bagi mengelakkan dikenakan faedah. Elakkan bayar dengan kadar minimum dan pembayaran lewat.

Bergantung Pada Satu Kerja

Jika anda merasakan pendapatan tidak mencukupi atau ingin menambahkan pendapatan. Cuba lakukan kerja sambilan dengan mulakan perniagaan atas talian atau perkerjaan sambilan lain mengikut kemahiran dan kebolehan anda. Kos hidup semakin hari semakin meningkat. Seeloknya manfaatkan usia muda untuk lakukan perkara bermanfaat disamping menjana pendapatan.

Tidak Menabung

Rata-rata individu masih mengabaikan kepentingan menabung. Jika ditanya tentang duit simpanan, masih ramai yang tidak mempunyai simpanan. Tahukah anda jumlah simpanan minimum diperlukan bersamaan sekurang-kurangnya 6 bulan jumlah pendapatan bulanan anda. Mulakan menabung dengan jumlah kecil, kemudian tingkatkan jumlahnya mengikut kemampuan pendapatan anda. Konsistensi amat penting untuk memastikan matlamat menabung dicapai.