•  Global
  •  Indonesia
6 Cara Mudah Menguruskan Kewangan Secara Bijak


Apabila tiba hujung bulan ramai antara individu sering mengalami masalah untuk mengurus pendapatan secara bijak. Ini kerana, ada yang sering kali terlebih belanja hingga duit yang sepatutnya dikeluarkan untuk membayar komitmen bulanan turut digunakan. Hal ini, pasti sering kali berlaku kepada ramai individu di luar sana.

Masalah kewangan dan risiko dibebani hutang boleh menimpa sesiapa sahaja jika mereka tidak tahu cara bagaimana menguruskan kewangan secara berhemah. Namun, melalui pengurusan kewangan yang bijak pasti membantu anda merancang pendapatan dengan baik.

Berikut 6 tip yang boleh dijadikan panduan dalam mengurus kewangan anda secara berhemah:


1. Setiap kali terima gaji bulanan, pastikan anda mengasingkan sejumlah wang sekurang-kurangnya 10% untuk dijadikan simpanan.

2. Utamakan keperluan berbanding kehendak diri. Jelaskan segala komitmen bulanan seperti kereta, rumah dan bil-bil bulanan terlebih dahulu. Kemudian baharu memasang niat untuk berbelanja ke arah memenuhi kehendak diri.

3. Belanja mengikut kemampuan, elakkan berhutang untuk barang yang bukan menjadi keperluan. Kecuali untuk membeli barang yang tidak mampu dibeli secara tunai seperti kereta dan rumah.

4. Bebas daripada hutang jahat seperti kad kredit, pinjaman peribadi dan seangkatan dengannya. Impak terikat dengan hutang sebegini hanya akan mengakibatkan anda menanggung beban hutang yang mempunyai kadar faedah yang tinggi.

5. Wujudkan akaun simpanan yang tidak menggunakan kad ATM supaya mengelakkan anda mengeluarkan wang sesuka hati. Sebagai contoh simpanan ASB di mana pengeluaran wang hanya boleh dilakukan di kaunter bank.

6. Pastikan anda mempunyai pelan insurans yang mampu melindungi diri anda dan keluarga secara komprehensif. Kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku pada masa depan. Jadi sebaiknya, mencegah lebih baik daripada mengubati.